Saturday, February 6, 2010

bila duit tiada.


Alahai. Sponsor aku belum masukkan duit.

Sebelum fly September lalu, aku diberi elaun yang bersamaan 4 bulan sahaja. Sedang kebanyakan yang terbang tahun itu bersamaku mendapat 6 bulan. Aku tak kesah. Seharusnya aku pada bulan Januari aku dah dapat duit bulanan aku seperti dijanjikan. Hari ke hari, tiada. Makin terdesak. Menyesal, duit yang ada banyak dilaburkan pada Boxing Day haritu.

Bile dikaji semula catatan-catatan perbelanjaan (aku catat setiap perbelanjaan aku), rupenye aku memang hampir setiap hari overspend. Untuk rekod, aku seorang yang tertib. Suka merancang segala. Tapi bab pelaksanaan aku memang gagal. Setelah mengira bayaran tetapku setiap bulan (hall, top-up dan internet) aku sepatutnya hanya dibenarkan belanja 8GBP sahaja sehari. Setiap 8GBP yang aku belanja, aku pangkahkan sehari di planner di noticeboard bilik aku ni. Hari ni, planner aku dah dipenuhi setakat 22 March 2010. Tarikh hari ni? Menang gile. Memang gile.

Hari ini juga, duit dalam akaun aku hanya tinggal 100GBP - untuk survive hingga akhir March. Sudah dikira-kirakan, elaun dua bulan (Januari-Februari) akan pasti digunakan untuk membayar ansuran ketiga dan terakhir Hall yang amat mahal ini. Dan elaun March pula insyaAllah untuk beli tiket pulang ke Malaysia nanti.

Bulan Februari ini memang bulan yang agak mencabar. Kawan karibku akan datang melawat dari Malaysia. Hujung minggu selepasnya pulak ade Sheffield Games. Pasti ramai kawan-kawan datang. Apepun tindakan kita dalam menangani masalah, sebaiknya kita melihat dulu apa yang Islam beri untuk menangani masalah-masalah ini [petikan tulisan sitisifir10 di Portal Masjid].

Rasulullah SAW bersabda :

1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." [HR. Bukhari Muslim]

2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]

3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]

5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]

6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." [HR. Hakim dan Tarmizi]


SubhanAllah. Indah kan? Kan selalu dikata oleh ustaz-ustaz, orang ramai dan diri sendiri bahawa Islam itu syumul. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tapi sejauh mana kita faham akan kesyumulan tersebut? Selalunya bila ditimpa musibah baru faham. Ujian kan satu pendidikan. Seperti juga sesi praktikal di lab. Belajar dalam kelas susah je nak faham.

Mengenai aku, biarlah. Duit tiada, it's not the end of the world yet!!

No comments: