Thursday, February 25, 2010

malas. isu manusia biasa.



Malas. Perkataan ni dah menghantui peradaban manusia sejak berzaman. Sana sini cakap malas. Dekat Facebook cakap malas, Gayut ngan orang cakap "Aku malas la". Tapi tahukah kite yang percakapan itu doa. Kalau boleh elakkan lah cakap benda-benda yang tak elok. Macam malas dan boring. Tu pasal sampai ke tua masalah malas dan boring tak penah selesai.

Hampir setiap hari aku macam ni. Lepas makan dinner, lepak-lepak depan komputer sampai lah waktu untuk tidur. Padahal dinner awal kot. Biasanya pukul 6. KENAPA! Tension dengan diri sendiri. Tapi tak cukup kuat untuk menghindari. Aku dok bayangkan. Godaan-godaan kecil macam ni pun susah nak lawan. betapa kita manusia yang lemah dan lemahnya iman kita. Macam ni ke nak lawan fitnah Dajjal nanti. Bukan senang. Cakap senang lah.

Patut nak buat tutorial mechanics malam ni. ape pon tak gerak. Lepas satu, satu website dan blog dibuka. dah habis pusing, ulang lagi. Syaitan! Nyah engkau! Dah penat pusing-pusing website, baru nak bukak arch file, ade pulak orang YM. Uh~

Aku ingin berubah! Kena berusaha.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Tapi.. Ape lagi?

Saturday, February 13, 2010

salah laa~ who decides?



Kenapa entah. penat sangat malam ni. Baring kejap nak baca buku pasal Rudolph. Tertidur 3 jam! Siang tadi sempat aku menjengah ke Malaysian Bazaar di St. Andrew's Church. Walaupun aku datang lambat, makanan masih banyak. Aku beli nasi kerabu yang kehabisan lauk. dapat Solok Lada je. Bila fikir balik, kenapa lah aku tak beli nasi lemak Abang Mizi yang popular tu. Tak pe lah, there's always tomorrow. Insyaallah.

Dekat church tu ada diletakkan satu meja buku untuk dijual oleh pihak church. Murah je. 25p senaskhah. Jangan salah faham ye. Bukan Bible yang dijual. Tapi buku-buku penulisan umum dan novel yang terpakai. (Nota: Perlu diingat bahawa pendapat orang Melayu Islam di UK terhadap gereja tidak sama dengan Melayu Islam di Malaysia. Kebanyakan aktiviti keraian orang Malaysia memang dengan menyewa dewan gereja. Tapi bukan lah main prayer hall tu). Aku membeli senaskhah buku. Aku pilih yang paling tebal. Sebab paling berbaloi dengan harga 25p. Kesemua buku-buku di situ tak menarik minat aku. Jadi aku memilih satu yang bertajuk RAMSES tulisan Christian Jacq. Sebab kecenderungan aku kearah sejarah yang lebih sedikit berbanding isu-isu lain yang ada diatas meja itu. Biografi Joan Collins mempunyai ketebalan yang hampir sama. Tapi aku kurang berminat. (Aku pernah menonton satu filem yang aku sudah lupa tajuknya. Filem itu mengenai pembikinan siri drama popular Dynasty. Watak Joan Collins banyak dikupas dalam filem itu.)

Aku ambil buku itu dan berjalan menghampiri sekumpulan kenalanku di satu sudut dewan. Syai dengan sekali imbas melihat tajuk buku ku itu dan berkata "Ramesh". "Ramses lah", aku membetulkannya dalam ketawa. Aku mengerti Syai tidak melihat tajuknya dengan jelas. Lalu seorang lagi kenalan membetulkan aku, "Ramzez". Aku mengangguk je.

Situasi itu membuatkan aku berfikir. Perkara yang betul dan salah, siapa yang menentukan? Pernah suatu ketika dulu di sekolah menengah. Kawan aku diketawakan kerana menyebut perkataan Opera sebagai "O-PE-RA" dan bukan "OP-RA". Yang mana betul? Yang mana salah? Kenapa kita mudah sekali melihat sesuatu yang tidak bertepatan dengan pendapat kita sebagai satu kesalahan? Siapa yang menentukan? Sebenarnya kedua-dua sebutan "O-PE-RA" dan "OP-RA" adalah betul (mungkin kenyataan ini juga salah. habis membaca ini nanti anda tahu kenapa). Sesetengah masyarakat yang berbahasa Inggeris menggunakan dialek yang berbeza betul? Menggunakan sesuatu yang tidak standard itu aku rasa tidak lah menjadi kesalahan. American English dengan Britain English. Yang mana betul? Yang mana salah? Sampai kiamat juga tidak ketemui jawapannya.

Begitu juga dengan sebutan "RAMSES" atau "RAMZEZ". Adakah kita hidup di zaman firaun dahulu kala untuk menentukan yang mana betul dan salah? Perkataan dan ejaan sahaja sudah teori para Egyptologist. Apatah lagi sebutannya.

Fikir-fikir, aku juga sering begitu. Terutama dalam perbincangan kumpulan. Aku benar-benar yakin bahawa pendapat aku paling betul dan seboleh-bolehnya tidak ingin menggunapakai pendapat orang. Walhal selepas sesuatu yang berlaku aku sedar bahawa aku yang salah sebenarnya. Begitu juga apa yang kita baca. Kebanyakan masa aku percaya setelah wacana yang dibaca itu memberikan penjelasan-penjelasan konkrit dan logikal. Tetapi, kadang itu ada juga pendapat baru yang sentiasa lebih logikal datang mencabar.

Setelah beberapa kali aku dapati begitu, aku kini berpegang: There are no absolute truth (except the Quran).

Wednesday, February 10, 2010

nak sikit ke?

Ah, lega. Font aku dah kembali kepada asal. Haha. Aku tak pandai sangat benda-benda macam ni. Sebab Aplikasi Blogger ni x lah se-user-friendly macam Office. Heheh. Aku tak ade benda nak cerita pun hari ni. Kemalasan yang melampau. Patut baca sikit ape yang nak belajar besok.

Apepun, dah alang-alang log-in (Ak terpaksa log in sebab nak komen blog orang. Jadi aku buat lah new post sekali. Malas nak log-in banyak kali. Leceh.)

Seperti dijanjikan semalam, hari ni aku dengan berjayanya goreng jemput-jemput untuk dinner. Seperti biasa kalau Mat Saleh masuk dapur dan mendapati aku sedang masak, mereka mesti tanya aku masak apa. Ape ek jemput-jemput in English? Aku bantai Flour Fritter je. Haha. Lalu memberi Jack rasa sekeping. Jack sentiasa cakap nice je kalau makanan aku masak. Buat beger pon cakap nice. Aku lempang jugak kang. Nak mintak sikit lah tu. Mampos aku tak nak bagi. (Sebenarnya dakwaan orang Melayu bahawa orang memuji masakan adalah sebab mereka nak sikit tak boleh diaplikasikan kepada Mat Saleh. Sebabnya, mereka memuji dengan ikhlas dan pujian itu adalah satu cara melanjutkan perbualan.)

Malam tadi aku expect Rashid sampai dalam midnight. Aku dah blend semua bahan Bingka Carrot. Tunggu nak bakar je. Lepas tu Rashid call. Zakuan masih di Manchester. Sedangkan dia dah sampai dekat Stansted. Lalu Jordan masuk ke dapur. Dia tanya aku masak apa tu. Err.. Err.. Ape Bingka Carrot in English ye? Aku cuma jawab, "I don't know what to call it (dia buat muka faham sebab dah banyak kali dia tanya dan aku tak dapat jawab) but my friend is coming over all the way from Malaysia, so I'm making something for him (dia senyum je)." 

Memang tabiat Mat Saleh untuk tanya apa masakan yang kita buat. Especially masakan Asian yang mereka tak pernah dengar. Kadang-kadang rimas juga. Tapi lama-lama aku faham yang mereka just being polite. Kenapa aku nak menyampah pada orang polite pula kan?

Weekend ni ada Malaysian Bazaar! Yukk! Pastu nak pergi shooting-shooting kat Botanical Garden. Suka!

Monday, February 8, 2010

sekarang aku dah faham

Mak amat selalu buat jemput-jemput untuk sarapan atau minum petang. Kadang kala Mak buat bubur sup untuk makan malam. Bagi yang kurang biasa dengan makanan-makanan begitu tentu dirasakan yang itu makanan orang kurang berkemampuan. Kami adik-beradik tak pernah merungut. Sememangnya dari kecil lagi itu menu yang sering kami jamah bersama. Memang sedap makan jemput-jemput panas-panas. Kadangkala Mak buat jemput udang. Adik lelaki aku cukup suka kumpul udang untuk dimakan kemudian. Bila difikirkan lucu pula. Dulu, Mak pernah bercerita kepadaku (Mak suka bercerita kat aku. Aku memahami katanya). Semasa Abah kerja kerajaan di Ipoh dahulu, hidup kami sekeluarga agak susah. Tak boleh nak kata amat susah kerana tentu sekali ada yang lebih susah dari kami. Sesusah-susah kami dahulu, Abah mampu menggunakan kereta. Hakikat kerja kerajaan pada zaman dahulu tidak serupa sekarang. Sekarang orang berpusu-pusu merebut peluang bekerja dengan kerajaan. Gaji yang ditawarkan sangat kompetitif.


Berbalik kepada cerita Mak, pernah suatu ketika Mak hampir tiada duit langsung untuk membeli barangan dapur. Duit yang ada sedikit tu mak buat beli tepung untuk buat jemput-jemput. Murah dan boleh buat banyak. Mungkin kerana sudah terbiasa dan kami sekeluarga suka, setelah Abah sudah mampu membeli kereta mewah pun masih Mak sering goreng jemput-jemput untuk sarapan atau minum petang. Pada aku yang memahami, Mak hanya mahu berpijak di bumi nyata. Ingin mengingati asal-usul dan kepayahan diharungi bersama-sama Abah. Mak amat faham betapa payah Abah mencari rezeki. Mak cerita, selepas mendirikan rumah tangga dengan Abah, harta yang mereka ada hanyalah sebidang tikar. Rumah yang disewa di Ipoh ketika itu masih kosong. Perlahan-lahan Mak dan Abah membina hidup. Menambah satu persatu alatan rumah.


Aku amat susah untuk memahami hakikat ini. Hakikat betapa anak muda dahulu mampu hidup berdikari. Merantau jauh mencari rezeki. Datuk dan Nenekku kedua-dua belah bukan lah orang susah. Tapi Mak dan Abah tidak pun meminta pertolongan mereka.


Bandingkan mereka dengan aku dan adik beradikku, kami amat bergantung kepada mereka. Aku tak tahu sampai bila. Sememangnya antara tujuan aku untuk belajar di UK adalah untuk merasa hidup sendiri.


Hari ini aku mengerti. disaat aku terpaksa memasak bubur nasi untuk makan malam. Apa ertinya aku di sini, kalau masih mengharap belas kasihan Mak dan Abah ketika susah.


Menu esok: jemput-jemput. Sukanye!

Sunday, February 7, 2010

kelas bermula hari ini

Salam.

Setelah hampir dua bulan lamanya cuti dan exam, akhirnya kelas akan bermula hari ini! Semangat! Terlebih semangat sampai kalau boleh nak print je semua bahan-bahan kat WebCT. Tapi baru je print sikit, file-file tu dah kena tarik balik. Rupenye tu bahan tahun lepas. Adoi~ Potong stim betul la.

Kesengsaraan prepare untuk exam haritu dah bagi ak azam. Nak perbaharui cara hidup. Sem lepas ade study period. Jadi sempat lagi nak studi last minit. Tapi sem ni tak ade tau! Habis belajar je terus la exam. Tak sabar nak habiskan semua ni. Nak balik Malaysia. hehe.

Haha. Semalam, satu lagi blog Sheffield dilahirkan. Baru 1st post dah 12 komen! Hebat. :)

Saturday, February 6, 2010

bila duit tiada.


Alahai. Sponsor aku belum masukkan duit.

Sebelum fly September lalu, aku diberi elaun yang bersamaan 4 bulan sahaja. Sedang kebanyakan yang terbang tahun itu bersamaku mendapat 6 bulan. Aku tak kesah. Seharusnya aku pada bulan Januari aku dah dapat duit bulanan aku seperti dijanjikan. Hari ke hari, tiada. Makin terdesak. Menyesal, duit yang ada banyak dilaburkan pada Boxing Day haritu.

Bile dikaji semula catatan-catatan perbelanjaan (aku catat setiap perbelanjaan aku), rupenye aku memang hampir setiap hari overspend. Untuk rekod, aku seorang yang tertib. Suka merancang segala. Tapi bab pelaksanaan aku memang gagal. Setelah mengira bayaran tetapku setiap bulan (hall, top-up dan internet) aku sepatutnya hanya dibenarkan belanja 8GBP sahaja sehari. Setiap 8GBP yang aku belanja, aku pangkahkan sehari di planner di noticeboard bilik aku ni. Hari ni, planner aku dah dipenuhi setakat 22 March 2010. Tarikh hari ni? Menang gile. Memang gile.

Hari ini juga, duit dalam akaun aku hanya tinggal 100GBP - untuk survive hingga akhir March. Sudah dikira-kirakan, elaun dua bulan (Januari-Februari) akan pasti digunakan untuk membayar ansuran ketiga dan terakhir Hall yang amat mahal ini. Dan elaun March pula insyaAllah untuk beli tiket pulang ke Malaysia nanti.

Bulan Februari ini memang bulan yang agak mencabar. Kawan karibku akan datang melawat dari Malaysia. Hujung minggu selepasnya pulak ade Sheffield Games. Pasti ramai kawan-kawan datang. Apepun tindakan kita dalam menangani masalah, sebaiknya kita melihat dulu apa yang Islam beri untuk menangani masalah-masalah ini [petikan tulisan sitisifir10 di Portal Masjid].

Rasulullah SAW bersabda :

1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." [HR. Bukhari Muslim]

2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]

3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]

5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]

6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." [HR. Hakim dan Tarmizi]


SubhanAllah. Indah kan? Kan selalu dikata oleh ustaz-ustaz, orang ramai dan diri sendiri bahawa Islam itu syumul. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tapi sejauh mana kita faham akan kesyumulan tersebut? Selalunya bila ditimpa musibah baru faham. Ujian kan satu pendidikan. Seperti juga sesi praktikal di lab. Belajar dalam kelas susah je nak faham.

Mengenai aku, biarlah. Duit tiada, it's not the end of the world yet!!