Friday, January 22, 2010

kemangkatan Sultan Johor ditangisi

Berita kemangkatan Sultan Johor adalah berita yang amat mengejutkan sekalian masyarakat Malaysia terutamanya rakyat negeri Johor.

Aku baru balik solat jumaat dan jalan-jalan di city center. Balik ke bilik aku terus on Sinar FM kat laptop aku. Memang begitu tabiatku. Rindu sangat kat Malaysia. Hari-hari aku dengar Sinar FM. Tiba-tiba ada pengumuman mengatakan Sultan Johor mangkat. dan diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah dan Yaasin. Selepas itu, disiarkan lagu-lagu berentak slow.

Pada aku, Sinar FM biasanya pasang lagu yang sama aje. Tapi hari ini lah aku berpeluang dengar lagu-lagu yang jarang-jarang disiarkan. Tadi disiarkan Setangkai Kembang Melati oleh Abdullah Chik dan sebelumnya, lagu Denganmu Di Sungai Johor nyanyian Aishah. Lagu Denganmu Di Sungai Johor amat-amat best. Tapi aku cari untuk download tak ade pulak. Memang layan. Layan dalam kesedihan.

al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

No comments: