Wednesday, November 11, 2009

omelan tertangguh

aku kat Sheffield skarang ni. Alhamdulillah. berkat doa ibu bapa dan rakan2. org yg dok cni mengerti betapa sunyinya hati masing2 walaupun rakan taulan dikeliling pinggang. kalo nak cite pasal kawan2. sume org pon tau. x perlu cakap lagi. kawan2 ade macam2 perangai. ade yg carik bile susah je. ade yg pandai berlakon. ade yg suke memakse. tp ape yg penting bukan perangai diorg tu. tp acceptance kita. sbg contoh; ade kawan bernama A dan B. kedua2 nya ade tabiat yg agak sama (semestinya xde org yg completely sama). tp kite lg favour A. kenapa? sukati la. xdapat nak explain.

aku rase sunyi. sunyi sangat. makan sorang2. jalan sorang2. tapi sometimes sorang2 lagi best. kawan2 datang bile diorg perlukan je.. tp xpe lah. thats the price of a friendship. xleh nak ikot cakap kite je. tol x?

teringat pesanan dekan sebelum bertolak ke sheffield aritu. die cakap kene usaha lebih. xleh jadi macam dulu lagi. dulu belaja senang. sepatutnye kami berubah. tapi paham je lah. godaan di rantau ni sedikit sebanyak menghanyutkan kami. aku x suka dibelenggu. aku x suka bila dikaitkan. walaupun xde orang yg mengaitkan, aku yg terasa sendiri. takut dikaitkan dengan 'kebodohan', 'kebebalan' atau ketidakpedulian orang 2 lain. aku bodoh. aku ngerti. tapi aku x mampu menanggung kebodohan orng lain. biarlah aku memikul kebodohan sendiri sahaje sekarang.

tapi sanggup ke tengok kawan terkapai2 kelemasan? walaupun kawan tu bila dh naik ke tebing akan menampar kite sebab terpegang buah dada. aku selalu jadi mangsa. dan aku terlalu banyak bercakap. orang banyak bercakap ni rubbish. mmg aku banyak bercakap. mungkin terlalu senang mengekspresi apa yg terbuku dihati. melalui reaksi muka mahupun perkataan yg org x dapat terima.

aku harus mengajar diri. agar tidak menceritakan perihl orang kepada orang lain. aku sedar. seboleh percaya mana pun orang tu. esok belum tentu kita rasa puas hati.

kenapa aku x boleh tulis benda yang bermanfaat kepada orang lain? aku pon xtau. aku x suruh baca pun. aku tau aku x pandai menulis. blogpost dalam bahase inggeris akan mengambil masa 2 jam atau lebih. jadi biarlah aku omelkan kini. tanpa pedulikan org lagi. aku terlalu banyak judge orang. bile aku judge orang, aku sentiasa berfikir bhw orang akan judge aku begitu juge. sebenarnye tidak. x semua orang sama.

aku rindu semua. x. aku x homesick. tapi aku harap aku berada lebih keseorangan. aku amat berharap ketika ini aku berada di Plymouth menaip blogpost ini di pinggir dermaga. keadaan di sini memaksa aku bergantung harap kepada orang yg tidak menghargai aku. orang2 yang penuh pura2. orang2 yang penuh dengan janji kosong. aku susah mahu lari. kalau lari akan dikata Anwar. akan dikata tidak mahu berkongsi. makan sorang dan macam2 lagi.

antara tujuan aku datang ke UK ni adlh untuk belajar hidup sendiri. mesti fikirkan solusi. x boleh terus begini. mungkin penuhi masa dengan bersosial dengan local. masok society banyak2. mungkin. aku cuba.

aku mahu belajar. belajar sesuatu yang baru. (atau hanya nak impress orang lain?). Zulfadhli tau main gitar. dan keyboard juge. Akmal pandai goreng char kuey teow yang kua api atas kuali. Buck juge pandai main gitar. aku? ape yg boleh. memasak x pandai. main music x pandai. main golf x berbakat. main tenis bebal.

aku ingin isi masa. aha! kerja! nanti lah aku cari.

di sudut hati masih ada perasaan mengharap orang bace blog ini. dan komen. tp sebenarnye ape perlunya?

me to myself: u r rubbish! rubbish as always!!!!! oh! mari buat mission statement.

1 comment:

Zulfadly said...

hi ikram, nice to read ur blog, hahaha,