Saturday, February 6, 2010

bila duit tiada.


Alahai. Sponsor aku belum masukkan duit.

Sebelum fly September lalu, aku diberi elaun yang bersamaan 4 bulan sahaja. Sedang kebanyakan yang terbang tahun itu bersamaku mendapat 6 bulan. Aku tak kesah. Seharusnya aku pada bulan Januari aku dah dapat duit bulanan aku seperti dijanjikan. Hari ke hari, tiada. Makin terdesak. Menyesal, duit yang ada banyak dilaburkan pada Boxing Day haritu.

Bile dikaji semula catatan-catatan perbelanjaan (aku catat setiap perbelanjaan aku), rupenye aku memang hampir setiap hari overspend. Untuk rekod, aku seorang yang tertib. Suka merancang segala. Tapi bab pelaksanaan aku memang gagal. Setelah mengira bayaran tetapku setiap bulan (hall, top-up dan internet) aku sepatutnya hanya dibenarkan belanja 8GBP sahaja sehari. Setiap 8GBP yang aku belanja, aku pangkahkan sehari di planner di noticeboard bilik aku ni. Hari ni, planner aku dah dipenuhi setakat 22 March 2010. Tarikh hari ni? Menang gile. Memang gile.

Hari ini juga, duit dalam akaun aku hanya tinggal 100GBP - untuk survive hingga akhir March. Sudah dikira-kirakan, elaun dua bulan (Januari-Februari) akan pasti digunakan untuk membayar ansuran ketiga dan terakhir Hall yang amat mahal ini. Dan elaun March pula insyaAllah untuk beli tiket pulang ke Malaysia nanti.

Bulan Februari ini memang bulan yang agak mencabar. Kawan karibku akan datang melawat dari Malaysia. Hujung minggu selepasnya pulak ade Sheffield Games. Pasti ramai kawan-kawan datang. Apepun tindakan kita dalam menangani masalah, sebaiknya kita melihat dulu apa yang Islam beri untuk menangani masalah-masalah ini [petikan tulisan sitisifir10 di Portal Masjid].

Rasulullah SAW bersabda :

1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." [HR. Bukhari Muslim]

2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]

3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]

4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]

5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]

6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." [HR. Hakim dan Tarmizi]


SubhanAllah. Indah kan? Kan selalu dikata oleh ustaz-ustaz, orang ramai dan diri sendiri bahawa Islam itu syumul. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tapi sejauh mana kita faham akan kesyumulan tersebut? Selalunya bila ditimpa musibah baru faham. Ujian kan satu pendidikan. Seperti juga sesi praktikal di lab. Belajar dalam kelas susah je nak faham.

Mengenai aku, biarlah. Duit tiada, it's not the end of the world yet!!

Saturday, January 23, 2010

Tsunami, Haiti - Berita Kepada Kawan

Bencana yang berlaku di seluruh dunia memang memberi impak yang amat besar kepada yang terlibat. Kita yang tak kena barangkali tidak merasa apa-apa. Seharusnya kita berkongsi kesedihan yang mereka alami. Try to be in their shoes. Nauzubillah . Janganlah bencana ini kena pada kita pula. Aku cukup benci dengan orang yang berkata "Takpe, Malaysia bukan di garisan api pasifik. Jadi selamatnye. Tak ade bencana." Ape kita ni Tuhan ke? Ayat yang cukup takbur. Nauzubillah. Kalau Allah nak turunkan bencana kut mana pun boleh. Allah kan Maha Kuasa. Setuju kan?

Kalau rajin cuba cari lagu di bawah ni, download dan dengar. Hayati bait-bait katanya dan fikir.

Ebiet G. Ade - Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Friday, January 22, 2010

seminggu lagi.. arrgh!!

Alhamdulillah hari ni dah abis 1 paper Essential Mathematical Techniques A. Ak harap Dr Vickers bangga ngan jawapan yang aku bagi. Hi hi hi.

3 hari lagi ade 2 paper yang sangat penting dan susah. Malasnye nak studi malam ni. Masih nak enjoy honeymoon period lepas abis exam Math tadi.

Seminggu lagi pulak aku ade final weighing untuk weight lost challenge. Hahaha. Macam Biggest Loser tu lah. Tapi takde lah hardcore sangat. Takde exercise pun. Nak exercise celah mana kan.Winter kot. Kalo ade orang spedo aku boleh la masok gym ke ape.

Weight lost challenge ni diorganizekan oleh budak-budak Melayu Sheffield ni. Layankan aje. Tapi paling best challenge ni, kalau menang dapat 200 GBP. Banyak tu! Kalau tukar duit RM jadik 1400.00 tu!!

eh queen ni nak main nyorok-nyorok pulak. ingat comel ler tu

"Helo? Epul? Nak pegi makan Rajas? Ok ok kejap nak solat." Makan lagi. Macam mana nak menang ni. Nak keluar makan. Bye!

kemangkatan Sultan Johor ditangisi

Berita kemangkatan Sultan Johor adalah berita yang amat mengejutkan sekalian masyarakat Malaysia terutamanya rakyat negeri Johor.

Aku baru balik solat jumaat dan jalan-jalan di city center. Balik ke bilik aku terus on Sinar FM kat laptop aku. Memang begitu tabiatku. Rindu sangat kat Malaysia. Hari-hari aku dengar Sinar FM. Tiba-tiba ada pengumuman mengatakan Sultan Johor mangkat. dan diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah dan Yaasin. Selepas itu, disiarkan lagu-lagu berentak slow.

Pada aku, Sinar FM biasanya pasang lagu yang sama aje. Tapi hari ini lah aku berpeluang dengar lagu-lagu yang jarang-jarang disiarkan. Tadi disiarkan Setangkai Kembang Melati oleh Abdullah Chik dan sebelumnya, lagu Denganmu Di Sungai Johor nyanyian Aishah. Lagu Denganmu Di Sungai Johor amat-amat best. Tapi aku cari untuk download tak ade pulak. Memang layan. Layan dalam kesedihan.

al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Saturday, January 16, 2010

obsesiku kini.

..Taiko must die..

Rajin-rajin sila lah tengok-tengok link blog yang diberikan diatas. Sangat menarik. Tapi malangnya sudah setahun tak diupdate. Hazril memang blogger yang berbakat.

Aku tak berbakat. Omelan aku not worth reading

tapi soalnya habiskan soalan vektor kamu dulu.

Hai kawan-kawan (a.k.a diri sendiri, haha)

Hidup di UK ni pada yang tak begitu menghargai kebebasan mutlak, tak banyak benda boleh dilakukan. Ramai orang cakap, kalau nak improve english kena lah berkawan dengan orang tempatan. Memang betul. Dulu sebelum datang sini pun dah berazam dah nak berkawan dengan seramai mungkin orang-orang tempatan. Tapi bila sampai sini lain pulak halnya. Aku lebih suka berkawan dengan orang-orang yang bukan tempatan. Orang dari serata pelusuk dunia. Greece, Pakistan, Mexico, Italy dll. Bukan tak nak kawan dengan orang UK, tapi kite kena lah faham perasaan orang tempatan terhadap orang luar. Bila jadi begini, aku imbas balik ape yang kita rakyat Malaysia sebenarnya dah buat. Kita pandang Indon macam nak makan je. Aku dulu masa di MIAT tak begitu teringin nak kawan dengan mamat Djibouti tu. Tiada sebab. mungkin diri ni masih sangat rasis. Tapi ni bukan bermakna orang-orang UK tak ramah. Mereka sangat ramah. Terutamanya bila mabuk.

Haha. Tu je aku nak cerita. Nak sambung buat soalan Vector.

Tuesday, January 12, 2010

mari2 new post.

sejak2 nak xm ni ak dah x bukak facebook. menahan diri sampai 5 feb. tp my internet addiction teralih ke bende lain pulak. bace online newspaper, bace blog2 orang banyak2 kali. adoi. tadi terlintas kat blog AkmalRazid. jeles je tgk blog die. hahaha. so ak berazam nak scribble2 lah sikit2 but consistent.

bende paling menakutkan bagi student yg blaja oversea cm ak ni adelah sesuatu yg mungkin berlaku kat family di Malaysia. baru tadi kawan aku bersama blaja Universiti of Sheffield n same jugak blaja dulu kat MIAT bapaknye meninggal. kesian. bulan lepas pun ade kawan ak kat cni yang ibunye meninggal.

oleh itu sentiase lah ingat dan renungkan sepotong hadis yang sangat popular:

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari

al-Fatihah kepada bapa kawanku itu~